63 Pesakit Covid-19 Pulih, 78 Kes Baru dan Satu Kematian Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 63 kes positif COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit pulih sepenuhnya sebanyak 5,859 kes.

Jumlah itu bersamaan 82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, selain itu terdapat 78 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga Jumaat.

“Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga kini adalah sebanyak 7,137 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,163 kes.

“Daripada 78 kes baharu yang dilaporkan, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 53 kes penularan tempatan, 40 kes adalah bukan warganegara Malaysia dengan 25 kes telah dikesan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Jumaat.

Sehingga kini, terdapat sembilan pesakit positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Justeru, katanya jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 115 kes atau bersamaan 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-115 (kes ke-3,616) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

“Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 3 April dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei jam 2.58 petang,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat