‘Tangan Ghaib’ Daim Dalam Kerajaan Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan berumur 81 tahun, Tun Daim Zainuddin yang turut dikenali sebagai individu paling rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad,
dikatakan memainkan peranan yang besar dalam agihan projek melalui Kementerian Kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Campur tangan Daim dalam agihan projek ini juga dikatakan menjadi punca utama seteru di antara kem Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kem Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dua bulan lepas.

Pada bulan Julai, 2018, ketika menganggotai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Daim mengadakan kunjungan ke China untuk merundingkan semula syarat-syarat dan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan dua projek di bawah syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Hal ini selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan mengeluarkan suatu notis menggantung projek ECRL dan dua projek di bawah SSER, iaitu projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Kunjungan ini mendahului Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng yang turut dijadualkan ke China bagi tujuan yang sama, berkenaan rundingan projek berkenaan.

Sejurus kemudian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat serbuan terhadap projek berkaitan China.

Timbul desas-desus bahawa serbuan tersebut bertujuan mensabotaj lawatan Tun Daim Zainuddin di China.

Laporan itu berkata antara teori yang ditimbulkan oleh mereka yang dekat dengan Daim adalah, pihak dalam perkhidmatan awam yang mempunyai kaitan dengan kerajaan dahulu mungkin menyebabkan SPRM membuat serbuan itu kerana mahu merumitkan hubungan diplomasi dengan China.

Teori lain mengatakan serbuan dibuat untuk memalukan Daim, yang diserang beberapa pihak politik dalam kerajaan kerana pengaruh yang dinikmatinya sebagai pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan.

Ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan juga, Daim dilaporkan banyak terlibat dalam agihan projek secara rundingan terus, bermakna tiada agihan secara tender terbuka.

Dalam satu surat yang dikeluarkan oleh pejabat Daim, pihaknya mengarahkan pejabat Kementerian Kewangan supaya membuat rundingan terus berkenaan projek tebatan banjir Sungai Pendang di Kedah.

“Saya merujuk perkara di atas dan surat daripada Syarikat Moza Six SDN BHD seperti yang terlampir.

“Syarikat Moza Six SDN BHD telah bersetuju untuk mengurangkan harga daripada harga kontrak asal bagi projek tersebut,” memetik kandungan surat bertarikh 9 Januari 2019 berkenaan.

Seterusnya, pada bulan April, satu surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia, dihantar kepada Syarikat Moza Six SDN BHD memaklumkan bahawa rundingan tersebut tidak dapat dipertimbangkan kerana projek tersebut diputuskan secara tender terbuka.

Berikut merupakan antara peranan yang dimainkan oleh Daim dalam pembahagian projek dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut sumber, meskipun beliau gagal mendapatkan ‘kebenaran’ daripada Kementerian Kewangan untuk membuat rundingan terus berkenaan projek tebatan banjir berkenaan, masih terdapat banyak lagi campur tangan beliau dalam urusan kerajaan terutama yang melibatkan pembahagian projek, yang masih tidak dapat didedahkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat