Diesel itu milik syarikat antarabangsa yang disimpan di Malaysia, bukan kita bekal ke Australia – PMO

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menjelaskan situasi bekalan diesel yang didakwa dari Malaysia ke Australia itu sama situasinya dengan Filipina.

PMO menegaskan, itu bukan diesel Malaysia, tapi milik syarikat antarabangsa yang membeli diesel mentah dari negara lain, kemudian menyimpan diesel itu di Malaysia.

“Ini sama macam situasi Filipina sebelum ini. Itu bukan diesel Malaysia, tapi milik syarikat antarabangsa yang membeli diesel mentah dari negara lain, kemudian menyimpan diesel itu di Malaysia.

“Sekarang minyak itu dijual ke Australia melalui kontrak antara Viva Energy dan BP Australia (seperti mana disebut dalam laporan berita ini).

“Ia disebut “dari Malaysia” sebab kapal itu ambil minyak yang disimpan di Malaysia.

“Diesel itu bukan dari perut bumi Malaysia,” tegas PMO dalam kenyataan pada Rabu.

Kerajaan Malaysia dan Petronas tidak menjual minyak dan diesel kita, seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

PMO berkata demikian sebagai respons kepada Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mendakwa tambahan 200 juta liter diesel sedang dalam perjalanan ke pantai Australia.

Menurut Albanese, bekalan tersebut diperoleh melalui skim pembiayaan eksport Kerajaan Persekutuan.

Memetik laporan News.com.au, dua kargo datang dari Korea Selatan, satu dari Brunei dan satu lagi dari Malaysia, kata Anthony Albanese kepada wartawan di Sydney.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat