Dipukul dan Dikurung: Suspek Berdepan Penjara 10 Tahun, Sebatan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Polis menahan lapan individu susulan insiden tular membabitkan seorang remaja lelaki yang dikurung dan dipukul di sebuah kediaman di Pangsapuri Plentong Baru, Masai, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, kejadian itu mula mendapat perhatian selepas satu video berdurasi 2 minit 7 saat dimuat naik di laman Facebook Komuniti Bandar Seri Alam pada 21 April jam 10.30 malam.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, membuat laporan polis mendakwa insiden berlaku pada 18 April kira-kira jam 9.30 malam. Beliau menyatakan telah pergi ke rumah berkenaan selepas menerima jemputan daripada seorang kenalan wanita melalui aplikasi media sosial.

“Setibanya di lokasi, mangsa dikurung dan dipukul oleh lapan lelaki tempatan menyebabkan beliau mengalami kecederaan pada bibir, telinga kiri dan lebam di beberapa bahagian badan,” kata Mohd Sohaimi dalam kenyataan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 19 hingga 26 tahun pada awal pagi 21 April.

Hasil siasatan mendapati:

  • Lima suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah

  • Empat suspek positif dadah jenis methamphetamine melalui ujian air kencing

Kesemua suspek kini direman selama enam hari sehingga 26 April bagi membantu siasatan di bawah:

  • Seksyen 342 Kanun Keseksaan – Sekatan secara salah

  • Seksyen 385 Kanun Keseksaan – Pemerasan

  • Seksyen 324 Kanun Keseksaan – Mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebatan.

Pihak polis turut menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan mengelak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kes ini, bagi memastikan proses siasatan tidak terjejas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat