Sikap Ihsan Dan Rahmah Perlu Dipertingkat Kepada Masyarakat Tanpa Mengira Kaum – PM Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan semangat perpaduan, pengorbanan, daya juang itu dipupuk terus beserta sikap ihsan dan rahmah ditingkatkan kepada golongan masyarakat yang dhaif dan melarat serta mereka yang terpinggir tanpa mengira kaum.

Perdana Menteri berkata nilai yang beliau syorkan itu perlu ditingkatkan untuk melakukan kebaikan kepada masyarakat tanpa mengira kaum.

“Sempena sambutan Aidilfitri Mubarak, saya ucapkan Kullu Am Wa Antum Bilkhair Minal A’idin Wal Faizin Wal Makhbulin.

“Alhamdulillah kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan Mubarak dan kini kita bakal menyambut Aidilfitri sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam – kesederhanaannya, silaturahminya serta mesti pertahankan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang cuba kita lakukan di bulan Ramadan.

“Saya juga ingin mengesyorkan semangat perpaduan, pengorbanan, daya juang itu dipupuk terus beserta sikap ihsan dan rahmah ditingkatkan kepada golongan masyarakat yang dhaif dan melarat serta mereka yang terpinggir tanpa mengira kaum.

“Saya, Azizah dan keluarga ingin mengucapkan salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh rakyat Malaysia, termasuk yang bertugas dan berada di perantauan.” kata beliau ketika menyampaikan perutusan sempena Aidilfitri, malam tadi. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat