Surat Layang: Polis Panggil Dua Individu Rakam Keterangan

- Advertisement -

JEMPOL: Polis memanggil dua individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes surat layang yang dihantar di Masjid Jamek Bahau sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kira-kira jam 10.30 pagi tular di media sosial berkenaan isi kandungan surat tersebut yang mengadu masjid itu sering mengeluarkan bunyi kuat dan ramai yang berkumpul menyebabkan COVID-19 meningkat.

Menurutnya, surat tulisan tangan yang dikirimkan individu tidak dikenali turut mengeluarkan kata-kata kesat.

“Kandungan surat itu juga mengaitkan seorang pemilik restoran di Bahau, namun pihak berkenaan menafikannya.

“Jawatankuasa masjid telah membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi Multimedia/298 Kanun Keseksaan.

“Masyarakat awam dinasihatkan supaya tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan jangan sesekali mengambil tindakan yang menyalahi undang- undang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat