Sekolah Ditutup Dua Hari Jika Ada Satu Kes COVID-19

KUALA LUMPUR : Sekolah yang mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari, ujar Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Keputusan itu berkuat kuasa pada Rabu.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Dr Hang Soon menjelaskan, pelajar yang terjejas dengan penutupan sekolah berkenaan akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal disambung semula.

“Keputusan yang berkuat kuasa Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif COVID-19,” katanya pada Rabu.

Dr Hang Soon berkata, keputusan penutupan sekolah selama dua hari itu turut bertujuan mengelak penularan kluster COVID-19 di sekolah.

“Ini akan membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh sementara ibu bapa, pelajar dan guru dapat meluangkan masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan kebimbangan atau ketakutan yang tidak wajar,” ujarnya.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat menteri peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Rabu.

Pejabatnya juga telah melakukan perbincangan bersama dengan Persatuan Guru Sekolah Cina Bersatu (Jiao Zong), Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong), Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Ketua Sekolah Kebangsaan dan beberapa kumpulan ibu bapa bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan.

Mengulas lanjut, Dr Hang Soon memaklumkan bahawa selama penutupan dua hari itu, pegawai kesihatan daerah akan melakukan tinjauan risiko di sekolah yang terjejas bagi menentukan sama ada penutupan itu harus diperpanjang atau ditamatkan setelah dua hari.

“Pejabat kesihatan daerah juga akan menguruskan guru dan pelajar yang memerlukan ujian COVID-19 untuk melakukannya,” ujarnya.

Tambahnya, keputusan tersebut akan turut dinilai semula oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sebarang kemas kini penutupan sekolah akan dimuktamadkan oleh MKN dan diumumkan kemudian,” jelas beliau.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...