Pas Sedia Jadi Orang Tengah Selesai Isu UMNO-Bersatu – Dewan Ulama

PASIR PUTEH: Pas bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik pertemuan yang boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh kedua-dua pihak terbabit.

“Tanpa mencari penyelesaian ke arah penyatuan itu kita bimbang akan menjejaskan kedudukan orang Melayu Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan banyak pihak tentang kedudukan kuasa orang Melayu di negara ini akan terjejas pada PRU15 berikutan kemelut yang timbul dalam kalangan parti-parti Melayu yang seakan tiada penghujungnya.

Nik Muhammad Zawawi berkata perselisihan antara UMNO dan Bersatu dapat diselesaikan jika kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan tanpa berasaskan kepentingan parti dan kepentingan diri.

“Pas akan terus berusaha untuk menyatupadukan umat Islam kerana ia menjadi agenda kedua agama Islam,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Malaysia Dateline Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP – Tun Faisal

CYBERJAYA: Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas portal Malaysia Dateline kerana memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa...

Ust Mohammad Yaakob Bida Kereta Volvo MB Kedah RM150,000

KEDAH: Ustaz Mohammmad Yaakob Yusra Mohd Yusof telah berjaya membida kereta Volvo XC60 3.0 milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dengan jumlah...