Kerajaan Setuju Beri Bantuan Khas Kewangan RM500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri, sebentar tadi.

Pemberian Bantuan Khas Kewangan itu termasuk kakitangan  ‘Contract of Service’, ‘Contract for service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep dan RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Menurut kenyataan itu lagi, Pemberia ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawan dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama semasa negara mengharungi tempoh penuh cabaran ini.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Bantuan Khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, kerajaan berharap pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat