Lebih Sejuta Orang Telah Terima Suntikan Vaksin Covid-19 – Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan lebih sejuta orang rakyat Malaysia telah menerima suntukan dos vakisn vaksin COVID-19 sehingga hari ini.

Melalui ciapan Twitter beliau sebentar tadi Dr Adham menyatakan jumlah mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan sehingga 21 April 2021 ialah – 1,231,760 orang.

Daripada jumlah tersebut 757,547 orang menerima suntikan pertama, manakala selebihnya telah menerima dua suntikan yang diperlukan.telah terima dos kedua.

Kerajaan menasasrkan 500 ribu orang menerima vaksin bagi fasa pertama Februari – April. Bagi Fasa dua yang akan berakhir Ogos nanti sasaran yang diletakkan ialah 9.4 juta orang.

Adham turut memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang mendaftar setakat ini ialah 9,148,332. Angka ini masih jauh dari sasaran kerajaan untuk memvaksin sekurang-kurangnya 23.6 juta rakyat Malaysia bagi membentuk kekebalan kelompok atau herd immunity.

Daftar di MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my tel 1800888828

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat