Syarikat Minyak Perlu Segera Tingkat Sumbangan Dalam Sains Perubatan

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

DUNIA melihat kejatuhan besar harga minyak sehingga ke tahap negatif pun seperti berlaku di Amerika Syarikat semalam.

Difahamkan keadaan ini berlaku kerana pengeluar minyak terpaksa membayar pula kepada pembeli minyak untuk mengambil komoditi itu dari fasiliti mereka kerana bimbang peningkatan dalam kos penyimpanan berikutan permintaan untuk minyak yang semakin kurang akibat perintah lockdown yang dilaksanakan hampir di seluruh dunia.

Apa pula situasinya di negara kita, tak dapat dipastikan.

Begitupun, semua ini harus membuka mata syarikat pengeluar minyak ini supaya meningkatkan lagi sumbangan mereka dalam bidang sains perubatan di masa depan, kalau tak sekarang.

Kita tahu ada syarikat minyak yang melabur banyak wang dalam sektor pertahanan untuk keselamatan pelantar minyak masing-masing dari ancaman lanun dan sebagainya – antara sebab kenapa pasukan khas tentera laut di banyak negara, lebih maju dari segi peralatan dan persenjataan berbanding cabang pasukan khas lain dalam angkatan tentera.

Tapi sekarang keadaan sudah banyak berubah.

Virus berkaitan pernafasan yang menyebabkan wabak seperti Covid-19 ini sebenarnya lebih memberi ancaman kepada bukan sahaja industri minyak, bahkan industri lain yang melibatkan pergerakan orang seperti sukan dan penerbangan – antara banyak yang lain.

Terbukti sekarang, satu-satunya cara paling berkesan untuk menyekat penularan wabak seperti ini – sehingga vaksin dihasilkan ialah, pengasingan manusia. Pengasingan ini bagaimanapun turut bermakna, pergerakan menjadi kurang dan dengan itu penggunaan minyak pun jatuh mendadak.

Disinilah kepentingannya syarikat minyak untuk mengenepikan sekian-sekian peruntukkan dari pendapatan masing-masing untuk tujuan ini demi survival industri berkenaan di masa hadapan.

Ambil contoh, berapa banyak kemajuan boleh dicapai dalam bidang sains perubatan negara kita jika sebahagian dari RM 88 billion, masuk dalam sektor sains perubatan?

Tak kira jumlah nyawa yang boleh diselamatkan lagi?

Ini contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati atau yang tak mati-mati.

Natijahnya, dengan pertambahan sumbangan dari syarikat minyak selepas ini, diharap usaha menghasilkan vaksin, kit pengesanan, ubat-ubatan dan sebagainya dapat dipercepatkan, seterusnya mengelak dari pengasingan, Lockdown dan sebagainya ini yang ternyata lebih banyak merugikan mereka.

Hambali Zainuddin
Kota Tinggi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat