Cleopatra Dakwa Dipecat Keahlian PPBM Hanya Melalui Panggilan Telefon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Usahawan wanita yang pernah tular kerana dikaitkan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman mengkritik tindakan pemecatannya sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/Bersatu) Bahagian Segambut.

Nur Fathiah Syazwana Shahruddin atau mesra dipanggil Cleopatra berkata, pemecatan itu tidak wajar memandangkan ia hanya dilakukan melalui panggilan telefon.

“Semalam (kelmarin) ketua bahagian hubungi saya untuk padam kenyataan (di media sosial) atau dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saya.

“Saya balas sila ambil tindakan. Saya tidak bersalah,” katanya kepada ProjekMM.

Sementara itu, Cleopatra mengingatkan kepimpinan Bersatu agar mencontohi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pemimpin harus mempunyai kredibiliti agar dapat dijadikan contoh kepada akar umbi parti.

Justeru, Cleopatra sedang mempertimbang untuk berbincang dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk tindakan susulan.

“Saya akan berkhidmat di kawasan pedalaman, luar bandar yang lebih memerlukan saya dan lebih beradab,” katanya lagi.

Sebelum ini, Cleopatra mendedahkan di media sosial bahawa dirinya telah dipecat sebagai ahli Bersatu Segambut.

Beliau mengkritik tindakan dikenakan terhadapnya sambil menyifatkan ia tidak mengikut perlembagaan parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat