CDC Ramal Gelombang Seterusnya Covid-19, Dijangka Lebih Teruk

- Advertisement -

Washington: Pengarah Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit (CDC), Robert Redfield, memberi amaran bahawa gelombang kedua Coronavirus adalah lebih teruk kerana ia bermula pada musim selsema (yang biasa).

“Ada kemungkinan serangan virus ke atas negara kita musim sejuk yang akan datang, boleh menyebabkan lebih banyak kesukaran dari apa yang telah kita lalui”, kata Robert dalam satu temuramah dengan Washington Post.

“Kita akan ada wabak selsema dan Coronavirus dalam masa yang sama”, katanya.

Mempunyai 2 wabak berkaitan pernafasan dalam masa yang sama, akan menambah beban kepada sistem penjagaan kesihatan, katanya lagi. Gelombang pertama Covid-19, penyakit yang telah membunuh lebih 42,000 orang di Amerika Syarikat sahaja. Ia telah menyebabkan kesesakan luarbiasa di hospital dan mendedahkan kekurangan kit pengujian, ventilator dan PPE untuk pekerja kesihatan.

Dalam temuramah itu juga, Redfield berkata pihak berkuasa negeri dan persekutuan harus menggunakan bulan yang mendatang ini untuk menghadapi apa yang mungkin berlaku nanti. Jika arahan duduk di rumah ditarik balik, pihak berkuasa perlu menekankan tentang kepentingan penjarakan sosial. Mereka juga perlu meningkatkan secara besar-besaran kemampuan menjalankan saringan dan pengesanan untuk mengelak wabak itu menjadi lebih besar dari sekarang.

Ditanya tentang protes besar-besaran untuk ‘membebaskan’ negara itu dari sekatan, Redfield berkata “ia tidak membantu”. Presiden sendiri menggalakkan protes seperti itu dan menggalakkan pengikut untuk “Bebaskan Minnesota”, “Bebaskan Michigan”.

Redfield berkata , beliau dan beberapa orang lain dalam pasukan petugas khas rumah putih mengenai Coronavirus, menekankan kepentingan penjarakan sosial dan impak besar ke atas wabak di negara berkenaan.

Sebagai sebahagian dari garis panduan Rumah Putih yang diedarkan minggu lepas untuk pembukaan semula negara tersebut, CDC telah menjalankan ujian ke atas rumah penjagaan di 4 negeri untuk mengesan kes bergejala. 4 negeri itu ialah Nebraska,New Mexico, North Dakota dan Tennessee.

CDC juga telah merangka garis panduan untuk negeri dan kerajaan tempatan bagi mana untuk memudahkan usaha peralihan, bergerak dari sekatan yang drastik seperti arahan duduk di rumah untuk menyokong pembukaan yang selamat. Redfield berkata panduan itu akan menjadi domain awam tidak lama lagi – Washington Post.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat