Ebit Lew Dituduh Seleweng Sumbangan, Beli Kereta Mewah?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pengasas pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) dilaporkan menuduh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menyeleweng sumbangan orang ramai dengan membeli kereta mewah.

Dalam artikel yang ditulis di blog cin-ca.blogspot, Abu Syafiq mendakwa Ebit Lew membuat penyelewangan tersebut, meskipun tidak menyatakan nama pendakwah bebas berkenaan.

Melalui tulisan di laman Facebook milik Abu Syafiq, beliau menyatakan bahawa terdapat pertubuhan yang mendapat banyak kutipan derma daripada orang ramai namun, tidak membelanjakan sumbangan tersebut dengan betul.

Sebaliknya, sebahagian dari duit sumbangan tersebut digunakan untuk membeli kereta mewah dan peralatan kamera yang mahal.

“Adui. Banyak betul pertubuhan kutip duit atas nama derma untuk orang miskin. Ibarat Dapat (RM)5juta. Derma (RM)500k jek(saja). Mana pergi (RM)4juta setengah. Beli kete2(kereta-kereta) mewah & kamera mahal kerr?” tulis Abu Syafiq di Facebook.

Hantaran tersebut juga turut mengundang kemarahan netizen.

Murshid Abdul Majid, di ruangan komen hantaran tersebut mendesak agar Abu Syafiq mengemukakan bukti berkenaan tuduhan yang dibuatnya.

“Cuba bawa bukti. Kami pun nak tahu juga pertubuhan mana buat macam tu.Bongkar encik, simpan buat apa?” katanya. 

Ejad Jebat di ruangan komen tersebut berkata, Abu Syafiq menunjukkan antara contoh penyakit hati, kerana tindakan pengasas ASWAJA itu yang dikatakan mencari kesalahan orang lain.

“Ini dinamakan penyakit hati kalau tak boleh membantu doakan kebaikan dan permudahkan urusan orang yang membantu bukan cari kesalaham orang lain, malulah sikit nama ustaz perangai tidak mencontohi akhlak”, katanya.

SuaraTV beberapa kali menghubungi Abu Syafiq untuk mendapatkan penjelasan beliau berkenaan tulisan di Facebook miliknya, namun masih tidak berjawab. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat