Ramadan Dalam Tempoh PKP, Teruskan Trend Pematuhan PKP

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...

KUALA LUMPUR – Bulan Ramadan semakin hampir dan umat Islam negara ini pastinya akan menyambut ketibaan bulan suci itu dalam suasana berbeza tahun ini apabila perlu melalui ibadah puasa dalam tempoh pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 28 April ini.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia telah ditetapkan esok, bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.

Menariknya, umat Islam akan menyambutnya dengan suasana norma baharu, antaranya melalui e-bazar tanpa ada fizikal bazar Ramadan lagi seperti saban tahun demi memerangi penularan wabak COVID-19, dan jika tempoh PKP tidak dilanjutkan pun, keadaan tahun ini sudah pasti tetap berbeza.

Selain itu, tahun ini juga tiada solat tarawih berjemaah di surau atau masjid kerana ia antara usaha penting memutuskan rantaian wabak COVID-19,.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media hariannya semalam, berkata kepatuhan masyarakat terhadap PKP adalah amat penting dalam membantu kerajaan menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Ini terutama bagi memastikan tidak berlaku jangkitan merentas negeri, daerah dan mukim, malah pematuhan masyarakat terhadap PKP akan seterusnya memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya.

Jika kita imbas, kes COVID-19 sejak beberapa hari lalu kekal di bawah 100 kes dan lebih banyak kes pulih dilaporkan namun, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia tidak bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan PKP.

Semalam, beliau yang juga Menteri Pertahanan, mengingatkan, segala peraturan selama ini masih terus kekal dan pematuhan kepada peraturan berkenaan perlu menjadi tanggungjawab semua pihak.

Seharusnya perkembangan baik ini boleh dijadikan perkara positif supaya pihak berkuasa dapat bertindak dengan lebih tegas lagi untuk memastikan masyarakat terus mematuhi setiap arahan PKP.

Sikap kita dalam mematuhi arahan ini akan menentukan sejauh mana PKP ini akan dilaksanakan dan kita seharusnya boleh mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Singapura di mana republik itu telah melanjutkan langkah pencegahan lebih ketat selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun.

Oleh itu, adalah penting untuk kita memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 dan pada masa yang sama menghargai petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus setiap hari dalam tugasan mereka.

Malah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam turut menzahirkan penghargaan kepada hero alaf baharu ini yang memainkan watak penting sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia dalam menangani penularan COVID-19.

Kita semua akan terus diuji dan memerlukan satu sama lain dalam perang ke atas COVID-19 ini.

Pastinya antara persoalan bermain di minda adalah status PKP fasa tiga yang akan tamat dalam enam hari lagi. Adakah ia akan dilanjutkan? Pastinya situasi semasa dan usaha kita memerangi COVID-19 akan menentukannya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...