Anwar Kini Liabiliti PH, Dr Mahathir Jangan Buang Masa Bersama Mereka – Khairuddin

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak harus membuang masa untuk bersama Pakatan Harapan (PH) kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menunjukkan keikhlasan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, kenyataan terbaharu Presiden PKR yang menyatakan mengetuai pembangkang menjadi bukti Dr Mahathir tidak langsung diiktiraf Anwar.

“Dalam PH kini cuma diwakili oleh PKR, DAP serta Amanah sahaja. Anwar seperti tidak mengiktiraf Dr Mahathir walaupun beliau sudah menyatakan bersama pembangkang dan akan duduk di bahagian pembangkang pada sesi Parlimen yang akan datang.

“Di mana letaknya sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyebelahi Dr Mahathir?

“Tidak disebut langsung oleh Anwar bahawa sebahagian daripada penyokong Bersatu masih dalam gagasan PH,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Terdahulu Anwar dalam sesi temu ramah Consider This pada Isnin mengakui mengetuai pembangkang.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengesahkan beliau akan duduk di blok pembangkang ketika sesi Parlimen kali ini.

Ini menjadikan beliau bekas Perdana Menteri kedua yang pernah duduk di blok pembangkang selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu tegas Khairuddin, Anwar merupakan liabiliti utama kepada PH dan perlu segera berhenti berangan-angan untuk menjadi perdana menteri.

Katanya, rakyat juga tidak akan menyokong PH selagi Anwar tidak berhenti bercita-cita untuk menjawat jawatan yang diidamkannya sejak dahulu.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu, rakyat mengundi serta menyokong PH kerana faktor Dr Mahathir.

“Pada saat itu Anwar masih di dalam penjara dan tidak memberi sebarang sumbangan signifikan untuk mengemudi kepada kemenangan PH.

“Dr Mahathir yang bertungkus lumus bersama pemimpin-pemimpin PH yang lain berkempen di seluruh pelosok negara berkempen untuk kemenangan, bukan Anwar,” ujarnya.

Tambah Khairuddin, majoriti rakyat juga sudah tahu peribadi Anwar yang sebenarnya.

“Anwar tiada kebolehan untuk memimpin negara tetapi cuma pakar bermain politik secara pecah dan perintah.

“Lihat saja PKR yang telah berpecah serta huru-hara. Bagaimana dia mahu memimpin negara jika PKR sendiri kucar-kacir?” soalnya.

Dalam perkembangan berasingan, Khairuddin menjelaskan, PH tidak lagi boleh mempertikaikan kesahihan kerajaan Pakatan Nasional (PN) selepas pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya tidak tahu sama ada lakonannya untuk berjumpa dengan Muhyiddin direstui oleh pemimpin-pemimpin PH dari semua gabungan parti-parti yang lain dalam PH?

“Sekarang PH tidak boleh mempertikaikan lagi kesahihan kerajaan PN kerana kunjungan Anwar itu secara tidak langsung sudah pun mengiktiraf kerajaan PN yang diterajui oleh Muhyiddin,” katanya.

Anwar sebelum ini memaklumkan, Muhyiddin di dalam pertemuannya telah menjelaskan kepadanya berkenaan langkah yang diambil kerajaan dalam menangani COVID-19.

Selain itu, Anwar juga memaklumkan mereka ada membincangkan cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini, namun tidak memperincikannya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...