Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (22 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 835 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 609,411 kenderaan

2. Sebanyak 50,226 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 6,122 premis telah diperiksa

3. 865 individu telah ditahan kerana ingkar PKP, 732 individu direman dan 133 dijamin polis.

4. Seramai 1,236 individu dituduh di mahkamah semalam

5. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 21 April 2020 adalah sebanyak 17,735 individu

6. #FakeNews: Sehingga 22 April 2020, PDRM dan SKMM telah membuka 237 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19

7. #FakeNews: 169 masih dalam siasatan, 24 kes telah didakwa di mahkamah, 13 telah mengaku salah dan 11 diberikan Notis Amaran

8. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 3,332 operasi sanitasi di 109 zon termasuk di 30 Zon Merah

– Semalam, sebanyak 292 operasi sanitasi meliputi 81 zon di 14 negeri termasuk 41 kawasan di Johor dan 33 di Perak

– 234 bangunan Kerajaan, 110 tempat awam, 174 pusat perniagaan dan 21 pasar raya telah disanitasi

– Projek Perumahan Rakyat (PPR) di semua Zon Kuning dan Zon Merah di seluruh negara telah selesai disanitasi

9. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 22 April 2020, sebanyak 196 Pusat Kuarantin telah beroperasi & 16,154 individu dikuarantin wajib

– 738 rakyat Msia telah pulang ke tanah air semalam & dikuarantin wajib

– 15,946 rakyat Msia pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

– Sejak 17 April, 4,218 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang

10. Semalam, KPDNHEP telah membuat pemantaun harian 25 jenis bekalan di 1,133 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (833), pemborong (268) dan pengilang (32)

11. Masyarakat dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian bagi menyambut bulan Ramadan kerana dijamin mencukupi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat