Usah keruhkan lagi keadaan, biar polis buat kerja isu stoking kalimah Allah – JSJ Bukit Aman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pihak supaya bertenang dan tidak berlebihan dalam menyuarakan pendapat berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Super Mart.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya maklum semua pihak khususnya umat Islam di negara ini amat terkesan dengan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, beliau meminta rang ramai diminta bersabar dan memberi sepenuhnya kepercayaan siasatan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Kita (polis) siasat dan ambil tindakan undang-undang, biarlah kerja kuat kuasa itu pada pihak berwajib, sekiranya ambil tindakan sendiri tidak akan redakan tapi memburukkan keadaan.

“Sebagai umat Islam, di bulan barokah (Ramadan) ini kita menghayati apa sepatutnya, lebih baik konteks tidak puas hati kita zahirkan dalam bentuk laporan polis dan seperti sedia maklum, apa sahaja laporan diterima akan disiasat,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, lapor BH.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya menemui baki stoking terbabit di mana-mana kedai dan tidak menularkannya.

“Biar pihak polis sahaja melaksanakan segala tugas siasatan mengikut lunas-lunas perundangan.

“Sekiranya ada mana-mana cuba mengambil tindakan sendiri tanpa berlandaskan undang-undang, kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya orang ramai termasuk golongan agamawan diminta untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu berkenaan dengan memberi sebarang kenyataan yang membakar kemarahan.

“Meskipun ada yang menyatakan mengenai kebebasan bersuara, namun perkara itu ada batasannya.

“Untuk agamawan, mereka wajar mengajak orang ramai bertenang dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh memarakkan kemarahan sehingga boleh memudaratkan keharmonian negara,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video sekumpulan lelaki dipercayai memaksa dan merakamkan permohonan maaf seorang lelaki berhubung isu stoking kalimah Allah.

Lelaki terbabit dikatakan memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di laman Facebooknya, dalam kejadian di Tawau, Sabah baru-baru ini.

Mengenai ugutan bakar kilang yang didakwa diterima syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd, Mohd Shuhaily berkata setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh syarikat terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat