Gerak kerja Anwar luar biasa, banyak isu diselesaikan dalam jangkamasa pendek – Jalaluddin

- Advertisement -

SEREMBAN: Pengerusi Badan Perhubunan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, isu nasional seperti peningkatan kos sara hidup, kenaikan cukai SST, ekonomi bakal memberi kesan sokongan rakyat di negeri itu kepada UMNO pada PRU-16 nanti.

Menurutnya, penjelasan perlu diberi kepada rakyat dengan menjelaskan dasar-dasar Kerajaan dan program-program yang telah dilaksana oleh kerajaan.

“Hari ini rakyat menerima tekanan kos sara hidup, kita jelaskan kenapa perkara ini timbul,

“Kerana kita selama 3 tahun diserang Covid-19, krisis politik selepas PRU-14, pertukaran tiga Perdana Menteri dan keyakinan pelabur luar tidak ada telah memberi kesan kita terima sekarang,

“Siapapun Perdana Menteri sekarang akan menerima tekanan yang sama sekarang,” katanya pada Temubual Eksklusif bersama Suara.TV.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah dan ‘salute’ kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas Langkah dan gerak kerja luar biasa beliau dalam mengatasi semua masalah ini dalam jangkamasa yang pendek.

“Isu kos sara hidup semakin hari semakin baik sekarang, pelaburan luar makin meningkat, keyakinan rakyat dan pelabur dapat dipertingkat dan dibaik pulih dalam tempoh masa yang singkat oleh YAB Perdana Menteri dan anggota kabinet kerajaan.

“Ini harus dilakukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri, supaya rakyat lihat ada perubahan, halal tuju yang dibawa oleh kerajaan negeri dan pusat untuk kepentingan rakyat.

“Saya fikir rakyat sentiasa menilai perkara  ini,kalua ini dapat dilakukan oleh kerajaan negeri dan pusat, kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan tidak akan menimbulkan masalah kepada rakyat, saya yakin pada PRU-16 nanti  akan menjadi parti dominan di pusat dan negeri,” katanya.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat