PN Negeri Sembilan tukar Ketua Pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dilantik sebagai ketua pembangkang Negeri Sembilan yang baharu.

ADUN Labu dari Bersatu menggantikan ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad yang dilantik sebagai ketua pembangkang pada 9 Oktober tahun lalu.

Setiausaha PN Negeri Sembilan, Muhammad Noraffendy Salleh berkata, pelantikan itu selaras dengan jawatan Hanifah sebagai pengerusi PN negeri.

“Ia selaras dengan penstrukturan semula PN Negeri Sembilan, maka Hanifah dengan ini diberi tanggungjawab dan amanah sebagai ketua pembangkang yang baharu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Untuk rekod, Hanifah dilantik sebagai pengerusi PN Negeri Sembilan pada 29 Januari lalu bagi menggantikan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Selain itu katanya, PN Negeri Sembilan juga bersetuju melantik lima ADUN parti itu untuk memantau portfolio Exco negeri.

Tambahnya, ia bertujuan untuk semak dan imbang terhadap keberkesanan tadbir urus yang baik kerajaan negeri di bawah pimpinan PH-BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat