Iman senipis kulit bawang pun pasti terasa apabila agamanya dihina – Akmal tempelak Siti Kasim

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menempelak peguam dan aktivis, Siti Kasim yang menyindir beliau sebagai bukan hero kepada orang Melayu atau Islam.

Kata Dr Akmal, beliau tidak mahupun jadi hero sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim.

“Memang saya tidak mahu menjadi hero.

“Saya hanya mahu menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang terkesan apabila agamanya dihina.

“Setiap orang yang mempunyai iman walaupun senipis kulit bawang pastinya akan terasa apabila agamanya dihina.

“Kalau tidak terasa tepuk dada tanyalah iman,” bidas beliau dalam hantaran di Facebook.

Semalam, Siti Kasim dilaporkan berkata Akmal tidak mewakili masyarakat Melayu dan pendiriannya itu hanyalah berkepentingan politik yang bertujuan meraih sokongan orang Melayu Islam kepada Umno.

“Awak bukan hero kepada orang Melayu atau Islam.

“Kita tunggu polis siasat, mungkin ada sabotaj atau kesilapan yang tulen,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat