Orang Melayu perlu terima kerjasama UMNO-DAP, ini politik cara baharu – Jalaluddin

- Advertisement -

SEREMBAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ahli-ahli UMNO perlu menerima kerjasama UMNO dengan DAP melalui gabungan Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang adalah formula baru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk kepentingan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Katanya lagi, kerjasama ini bukan mudah diterima oleh ahli-ahli UMNO, kerana orang Melayu telah didoktrin dengan rasa benci terhadap DAP sejak sekian lama oleh bekas Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tugas saya bukan mudah untuk meletakkan satu formula untuk orang Melayu menerima Kerajaan Perpaduan atas kerjasama ini,

“Bukan mudah, tapi itu bukan mustahil, itu sebab saya mengambil pendekatan bersama kawan-kawan (parti) untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kerjasama ini,” kata beliau pada Tembual Eksklusif bersama Suara.TV.

Tambah Jalaluddin lagi, tempoh yang singkat untuk menerangkan kepada rakyat menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan yang begitu ketara terutama kawasan FELDA pada Pilihan Raya Negeri yang berlangsung tahun lepas.

“UMNO walaupun menang, tetapi undi majoriti telah berkurangan. UMNO juga kalah tiga kerusi di Gemas, Batang Pinang dan Serting.

‘Walaupun di beberapa negeri berlaku penolakan sokongan orang Melayu kepada UMNO, di Negeri Sembilan, UMNO berjaya mempertahankan 14 daripada 17 kerusi pada PRN lepas.

“Saya yakin, UMNO Negeri Sembilan akan bangkit dan kukuh dengan pendekatan dan formula baru ini menerusi kerjasama ini pada masa depan.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat