Hampir 100 banduan dijangka dibebaskan secara parol menjelang Aidilfitri

- Advertisement -

KOTA BJARU – Jabatan Penjara Kelantan akan membuat pelepasan hampir 100 prospek secara parol atau berlesen menjelang Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Mat Yaacob berkata, permohonan untuk pelepasan itu di bawah Ihsan Madani itu sudah dibuat dan pihaknya sedang menunggu kelulusan malah persediaan untuk pelepasan juga sudah dibuat.

“Permohonan sudah dibuat dan kita sedang menunggu keputusan dari Lembaga Parol serta Komisioner Jeneral Penjara dan jika diluluskan, hampir 100 orang prospek akan dilepaskan secara parol dan berlesen menjelang Aidilfitri nanti.

“Persiapan untuk pelepasan pun sudah kita buat, tunggu saja lesen dan perintah parol sampai maka pelepasan akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan 250 pek bubur lambuk dari sebuah hotel yang diwakili pengurus hotel itu, Badrul Hisham Ishak, di sini, hari ini.

Mat berkata, jumlah prospek itu meningkat berbanding sebelum ini dan dianggap tertinggi untuk program pelepasan yang diadakan saban tahun.

Dalam perkembangan Ramadan, Mat berkata, lebih 6,000 penghuni di empat penjara di Kelantan menjalankan aktiviti keagamaan seperti orang awam iaitu solat tarawih dilakukan setiap malam di surau.

Beliau berkata, jika sebelum ini hanya prospek yang menjalani tempoh penjara sementara sahaja dibenarkan solat tarawih di surau tapi kali ini semuanya berpeluang berbuat demikian secara giliran.

“Solat tarawih dibuat oleh semua prospek di surau penjara atau bilik dan kita melantik ‘naqib’ untuk mengimamkannya,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat