Dilantik Exco Kanan Negeri Sembilan, Jalaluddin anggap satu amanah besar

- Advertisement -

SEREMBAN: Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengangap pelantikan beliau sebagai Exco Kanan dengan memegang dua portfolio satu amanah besar yang harus dipikul.

Menurutnya, ia bukanlah mudah kerana UMNO berkongsi kuasa bersama musuh tradisi iaitu PKR dan DAP setelah bergaduh sekian lama.

Jelas Jalaluddin yang juga Adun Pertang, perkara yang sukar dilakukan adalah untuk membentuk persefahaman dikalangan pemimpin-pemimpin parti yang membentuk Kerajaan Negeri.

“Persefahaman (understanding) perlu ada, persefahaman dikalangan pemimpin parti perlu diterapkan untuk menerima seadanya perkongsian kuasa di negeri yang bakal diterajui,

“Selepas itu, kita mula berkerja bulan pertama, kedua dan ketiga sehingga hampir satu sekarang, bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan daripada parti PKR yang menerajui Kerajaan Negeri Sembilan, dan saya mendapati bahawa formula yang saya bawa bersama Datuk Seri Aminuddin yang kita gunakan adalah persefahaman,

“Respect is others, saya menghormati Datuk Seri Aminuddin sebagai Menteri Besar, dan saya yakin Datuk Seri Aminuddin sebagai  Menteri Besar juga menghormati saya sebagai ketua parti di Negeri Sembilan,” kata Jalaluddin pada Temubual Eksklusif bersama Suara.TV.

Ujar Jalaluddin lagi, mandat yang diberi rakyat kepada beliau dan Aminuddin lebih penting daripada perasaan beliau dan Aminuddin.

“Saya tahu Datuk Seri Aminuddin agak kekok bekerjasama dengan saya kerana seteru parti,

“Beliau mampu meletakkan perasaan kekok itu di tepi, dan meletakkan kepentingan negeri dan rakyat sebagai satu keutamaan,

“Dari bulan ke bulan kita melaksanakan tugas dan tangggungjawab, apa yang paling penting adalah melaksanakan janji kepada rakyat dalam aspirasi perpaduan untuk rakyat seawal bulan Januari 2024 lagi,” ujarnya.

Beliau berharap dengan kerjasama dan formula baru ini dapat memberi satu hasil luar biasa kepada rakyat.

“Orang Melayu merasai nikmat Kerajaan Perpaduan ini, orang Cina, India dan Orang Asli juga merasai nikmat pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini disamping mendapat segala bentuk bantuan dan juga sokongan daripada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Mengenai tanggungjawabnya memegang dua portfolio, beliau berkata, portfolio berkaitan keterjaminan makanan serta desa dan wilayah berhubung rapat dengan masyarakat luar bandar.

Jelasnya, fokus beliau kepada keterjaminan makanan adalah keutamaan kerana tidak mahu isu kekurangan makanan pada masa akan datang di Negeri Sembilan.

“Saya telah meletakkan satu KPI kepada Pengarah di bawah agensi saya, dalam tempoh 3, 5 dan 10 tahun, sesuatu perlu dilakukan agar jaminan makanan masa akan datang terutama makan ruji rakyat (nasi, beras, telur, daging, sayuran) mesti tidak berlaku kekurangan bekalan,

“Untuk itu, beliau tidak mahu melihat sawah-sawah yang terbiar di Negeri Sembilan tidak diurus dengan baik, program pemulihan sawah terbiar berjalan secara rancak, kerajaan negeri telah meletakkan satu aktiviti utama untuk pemulihan kekurangan makanan. selain itu, pelbagai bentuk pendekatan lain juga akan dilaksanakan seperti tanah-tanah yang boleh menghasilkan makanan mesti diusahakan oleh masyarakat tempatan,” katanya lagi.

Mengenai desa dan wilayah, dalam peningkatan infra untuk masyarakat kampung, Orang Asli dan desa, beliau telah letakkan dalam satu ‘blueprint’ atau halatuju baru supaya pekara asas ini dapat diikuti oleh ketua jabatan di bawah agensi beliau.

Bagi generasi Felda pula, beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu sering membawa isu generasi Felda di Dewan Rakyat agar mereka turut menjadi perhatian Kerajaan, katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat