McDonalds Malaysia tarik balik saman fitnah terhadap kempen boikot Israel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -McDonald’s Malaysia menarik balik saman fitnah difailkan terhadap sebuah gerakan menggalakkan pemboikotan terhadap kepentingan Israel, BDS Malaysia selepas hasil positif proses mediasi antara kedua-dua pihak.

“Ini susulan hasil pengantaraan dan penjelasan positif yang dibuat oleh BDS baru-baru ini, yang mengakui bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah bebas sepenuhnya daripada McDonald’s Malaysia,” menurut Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan, Azmir Jaafar.

Katanya, pendirian McDonald’s Malaysia adalah teguh bahawa pihaknya tidak menyokong dan terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan.

“Hati kami menyayangi mangsa yang tidak bersalah di Gaza yang terperangkap dalam konflik. Kami dengan tegas mengutuk semua bentuk keganasan dan berdoa untuk menamatkan perang dan keamanan yang berterusan.

“McDonald’s Malaysia terus menyokong rakyat Palestin yang terjejas oleh keganasan melalui sumbangan kami kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan pelbagai inisiatif pengumpulan dana pekerja untuk terus menyokong usaha bantuan di Gaza,” katanya.

Disember lalu, McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadap BDS susulan gesaannya memboikot restoran makanan segera itu kerana dikatakan “bersubahat dengan Israel”.

Gerakan ini dibuat susulan tindakan McDonald’s Israel membekalkan makanan kepada tentera rejim itu.

Pernyataan tuntutan bertarikh 19 Dis lalu itu difailkan pemilik francais McDonald’s Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd.

Ia menuntut permohonan maaf tanpa syarat daripada BDS dan ganti rugi RM6 juta, termasuk RM3 juta kehilangan pendapatan, RM1.5 juta bagi pekerja diberhentikan dan RM1.5 juta untuk bahan makanan tamat tempoh.

Ia turut memohon injunksi terhadap BDS daripada terus mengeluarkan gesaan boikot.

Pernyataan itu turut merujuk beberapa poster tertera logo McDonald’s Malaysia yang dikongsi BDS berkaitan syarikat didakwa “mendapat keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai”.

Kredit foto: Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat