Malaysia tolak anjur Sukan Komanwel 2026

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan untuk menolak tawaran menganjurkan Sukan Komanwel 2026 setelah meneliti semua aspek dan implikasi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, Malaysia sebelum ini ditawarkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menjadi tuan rumah temasya itu bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lalu, di samping turut menawarkan suntikan dana RM602 juta kepada Malaysia.

Victoria menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).

Semalam, Hannah berkata, kerajaan mungkin menolak penganjuran Sukan Komanwel 2026 sekiranya wang pembayar cukai terpaksa digunakan sebagai tambahan kepada geran bantuan £100 juta (AS$127.93 juta) yang ditawarkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menganjurkan temasya itu.

Malaysia minggu lalu mengumumkan CGF menawarkan ia menjadi tuan rumah selepas penganjur asal iaitu Victoria, Australia menarik diri pada Julai susulan kebimbangan mengenai kos.

Beliau memaklumkan Jemaah Menteri dijadual membincangkan tawaran itu pada Jumaat selepas Majlis Olimpik Malaysia mencadangkan agar penganjuran temasya itu dibuat dalam skala lebih kecil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat