Kerajaan Pahang Lancar 10 Lori Tangki Untuk PAIP

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang melancarkan 10 lori tangki baharu untuk kegunaan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), hari ini.

Pelancaran itu dilakukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dataran Bentong, dekat Bentong sebelum mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Wan Rosdy berkata, lori tangki itu adalah untuk kegunaan ketika waktu kecemasan dan krisis air seperti banjir, kemarau dan lain-lain keperluan.

“Dengan adanya lori tangki air baharu ini, saya harap ia dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan PAIP kepada pengguna,” katanya melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya, pagi tadi.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif PAIP, Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, penerimaan 10 lagi lori tangki baharu dapat membantu meningkatkan jumlah aset lori tangki dimiliki PAIP ketika ini.

“Lima daripada lori diterima hari ini berkapasiti 5,000 liter dan lima lagi mempunyai kapasiti 10,000 liter.

“Penerimaan lori ini juga dapat meningkatkan kecekapan operasi bekalan air alternatif kepada pengguna jika berlaku masalah gangguan bekalan,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat