Struktur Besi Kren Pembinaan SUKE Jatuh, Dua Maut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua maut manakala dua cedera parah dalam kejadian struktur besi kren pembinaan lebuh raya jatuh berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.45 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati struktur besi kren launcher pembinaan lebuh raya jatuh dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Seorang warga tempatan yang merupakan pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana kereta mangsa dihempap struktur besi kren berkenaan.

“Tiga lagi mangsa merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dan dipercayai dua daripada mereka jatuh setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat