“Cerita UMNO Nak Jawatan TPM, Suara Akar Umbi Ketereh Rupanya”- Shahrir Sindir Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad dengan sarkastik menyindir Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mendesak Perdana Menteri segera melantik Timbalan Perdana Menteri dari Barisan Nasional (BN).

Secara sinis, Shahrir “sekarang baru saya tahu punca cerita UMNO nak sangat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ianya suara akar umbi Ketereh, rupanya”.

“Seronok saya lihat satu jawatankuasa bahagian UMNO Ketereh menyokong empat cadangan untuk tindakan Presiden UMNO.

“Dua cadangan yang teratas dalam surat itu boleh dibawa oleh Timbalan Ketua Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang juga duduk dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Dua cadangan yang lain – pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan usaha berfokus kerajaan Perikatan Nasional (PN) – boleh (Tan Sri ) Annuar Musa diwakilkan oleh Jawankuasa bahagian UMNO Ketereh untuk dibawa ke pertimbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Setiap Rabu, Kabinet bermesyuarat pun. Annuar pun hadir. Jadi, boleh berpakat je antara ketua dan timbalan ketua bahagian Ketereh,” sindir Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu.

Panas dengan sindiran berkenaan, Annuar dalam hantaran Facebooknya menyatakan rasa terkilan dengan komentar Shahrir itu.

“Saya baca hantaran (Tan Sri) Shahrir Samad seronok juga kerana orang ternama seperti beliau membuat komentar khusus hal keputusan UMNO Ketereh.

“Elok awalan komentarnya,namun di para akhir baru terpancar nawaitu komentarnya..di Kelantan kita sebut “pijak ekor”.

“Sebenar sudah acap kali dia memijak ekor.Saya diam saja.Kali ini saya “pm tepi”

Mungkin beliau tidak tahu siapa yg meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri,” balas Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat