“Siapa ‘Pemusnah’ UMNO,” Annuar Musa Tanya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa membangkitkan pertikaian siapa dalam UMNO yang cuba meranapkan parti antara ejen Bersatu atau dalang berkomplot dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, ada pihak pihak berhempas pulas menyogok minda ahli dgn maklumat rekaan dan palsu,kononnya “si polan si polan ejen Bersatu,pro Bersatu, nak masuk Bersatu dan macam-macam lagi”.

“Tapi diam-diam buat kerja sokong Pakatan Harapan (PH),berkomplot dengan pemimpin DAP,sokong Anwar walau amat jelas bercanggah dengan dasar parti dan kehendak akar umbi.

“Itu pun masih ada yg merasakan mereka saja yang setia kepada parti, bersemangat parti walau sebenarnya mereka telah menyebabkan jatuhnya parti,buruknya nama baik parti,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menegaskan, yang menjadi perkiraan sekarang,apakah mereka sedang membawa obor perjuangan parti,mendokong dasar parti,memperkasa solidariti parti atau sebenarnya menanam bibit perpecahan dalam parti dan perpecahan dlm muafakat antara parti-parti?

“Ini yang sedang diperhati.Siapa yanh sebenarnya setia kepada parti dan siapa yang membawa kerosakan kepada parti.

“Naratif rekaan akan tetap di perhalusi oleh akar umbi dan rakyat yg mengundi,” ujar bekas Setiausaha Agung UMNO-BN itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat