Pendakwah bebas Ahmad Husam Baderudin mencipta kelainan apabila tampil sebagai pelakon utama dalam filem “Sebelah Hati” yang ditayangkan di platform YouTube Al Irsyad Studio.
Filem menyentuh kisah kekeluargaan ini, meceritakan tentang seorang anak lelaki lakonan Ahamd Husam ataupun lebih dikenali sebagai Ustaz Husam terputus kasih dengan ibunya selepas kematian bapanya.
Gandingan Husam bersama pelakon berpengalaman seperti Wan Maimunah dan Noorkhiriah Shapie berjaya meruntun jiwa penonton.
Selain Wan Maimunah dan Noorkhiriah, karya arahan Hisham Ismail itu turut dibintangi Zainol Ismail.
“Saya berharap naskah ini dapat diterima oleh penonton dan menghayati sebaik mungkin mesej yang disampaikan.
“Ia bukan sekadar filem, namun ada mesej yang perlu diambil oleh penonton,” kata Ahmad Husam.
Filem ini telah mula ditayangkan di platform YouTube pada hari pertama Ramadan.
Jalan ceritanya mengisahkan bagaimana seorang anak lelaki tidak lagi mendapat kasih sayang ibunya selepas dikatakan menjadi punca kepada kematian bapanya.
Konflik kekeluargaan yang bagaikan tiada kesudahan, namun sebagai seorang anak meskipun diketepikan, kasih kepada seorang ibu lakonan Wan Maimunah tetap menebal.
Bagaimanapun rahsia terbongkar di sebalik konflik itu, orang ramai boleh menonton kisah ini di YouTube jika ingin mengetahui kesudahannya.



