Fadhli Jawab Teguran Anwar, Tegaskan Tokoh Agama Bukan Punca Segala Isu

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari, membidas naratif yang menurutnya seolah-olah meletakkan tokoh agama sebagai punca utama pelbagai isu dalam negara.

Beliau berkata, tokoh agama bukanlah maksum dan boleh ditegur, namun adalah tidak wajar jika hampir setiap hari golongan itu sahaja yang dikaitkan dengan pelbagai permasalahan termasuk isu rasuah dan perpecahan masyarakat.

“Jika naratifnya seolah-olah masalah negara ini hanya berkisar kerana tokoh agama, maka itu satu tanggapan yang salah,” katanya dalam kenyataan sebagai reaksi kepada ucapan Perdana Menteri.

Terdahulu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menegur segelintir pihak yang didakwa menggunakan kedudukan sebagai tokoh agama untuk mencetuskan polemik dan memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum. Ucapan itu disampaikan pada Majlis Berbuka Puasa dan Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Anwar menegaskan bahawa tindakan berselindung di sebalik nama agama bagi menimbulkan ketegangan hanya akan merosakkan keharmonian serta menjejaskan usaha pembangunan negara. Beliau turut mengingatkan bahawa walaupun Islam adalah agama Persekutuan, hak semua kaum dan kebebasan beragama tetap dijamin Perlembagaan.

Mengulas lanjut, Fadhli yang juga Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menegaskan bahawa kritikan terhadap mana-mana pihak perlu bersifat adil dan tidak bersandarkan generalisasi.

Menurutnya, menyempitkan perbincangan kepada tokoh agama semata-mata tidak membantu menyelesaikan cabaran sebenar yang dihadapi negara, termasuk aspek tadbir urus dan ekonomi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat