Rose tak patah semangat

- Advertisement -

Pada awal kemunculannya sebagai pelakon, dia sudah teruk dikecam netizen. Namun, ia tidak sedikit pun membuatkan ‘Instafamous’ popular, Sharifah Rose patah samangat.

Wanita berusia 23 ini yakin dia hanya perlu terus berusaha menimba ilmu dalam lakonan dan memperbaiki kelemahan dirinya terutama menjiwai watak.

Mesra dengan sapaan Rose, dia kini muncul dengan drama 3 Nota Cinta di slot Akasia TV3. Baginya yang melakonkan watak utama sebagai Alisa, dia sentiasa berusaha sebaik mungkin.

“Saya sebenarnya tak sangka dapat berlakon drama untuk slot besar seperti Akasia. Tapi, sudah rezeki dan ini juga masanya untuk saya perbaiki kelemahan pada lakonan terdahulu.

“Apa pun, watak Alisa ini sangat mencabar. Ia disebabkan saya membawa peranan wanita berkahwin dan perlu menghadapi konflik perhubungan dalam rumah tangga.

“Bayangkan saya masih bujang dan belum berkahwin, tetapi perlu memahami karakter seorang isteri. Ia satu cabaran besar buat saya termasuk banyak bermain emosi dan air mata,” katanya.

Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata, pengarah, rakan pelakon dan ‘team’ produksi banyak membantunya. Katanya, banyak juga ilmu yang dipelajari.

Selain Rose, drama 3 Nota Cinta juga dibintanginya pelakon seperti Ashraf Muslim, Wani Kayrie, Afifah Nasir, Muaz Fitri, Zila Bakarin, Salina Saibi dan ramai lagi.

Mengulas pula kerjasamanya dengan Ashraf yang lebih matang dan berusia, Rose berkata, dia tiada masalah dan tidak perlu dijadikan satu isu. Katanya, dia sentiasa sedia berganding dengan mana-mana pelakon.

 

SHARIFAH Rose lakon watak Alisa dalam 3 Nota Cinta.
SHARIFAH Rose lakon watak Alisa dalam 3 Nota Cinta.

 

“Sebenarnya saya gembira dapat bekerja dengan abang Ashraf dalam drama ini. Dia banyak membantu saya untuk mewujudkan keserasian antara watak kami kerana saya masih baharu.

“Alhamdulillah, syukur kami juga mudah serasi. Malah, setiap hari di lokasi penggambaran saya banyak belajar ilmu baharu yang dikongsikan semua pelakon,” katanya.

Mengulas juga jadual kerjanya, Rose yang juga seorang selebriti terbabit dalam program Master In The House (MITH) Malaysia berkata, dia kini agak sibuk kerana aktiviti lakonannya begitu padat dengan tawaran diterima.

“Apa pun, harapan saya semoga penonton menerima baik drama 3 Nota Cinta ini. Bagi saya, ia naskhah sangat menarik kerana dekat dengan kisah masyarakat sekeliling,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat