‘Drama Suami Lelaki Pendosa ‘dirujuk’ JAKIM’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengarah drama Suami Lelaki Pendosa, Eyra Rahman berkata dia merujuk setiap babak dihasilkan untuk drama berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai inisiatifnya sebelum disiarkan.

Eyra ditemui pada sidang media secara virtual baru-baru ini, memaklumkan dia sendiri tahu karya adaptasi novel diarahkannya itu agak sensitif dan pasti menjadi perhatian netizen.

“Walaupun drama Suami Lelaki Pendosa ini mengisahkan ‘lelaki songsang’ atau homoseksual, tapi olahan jalan cerita skripnya kita buat mengikut kesesuaian tontonan masyarakat di Malaysia.

“Kita mengambil kira pelbagai aspek seperti sensitiviti penonton kerana kalau boleh tak mahu terkait dengan kontroversi. Malah, kerjasama diberikan pihak JAKIM sangat membantu,” katanya.

Eyra berkata apa yang cuba disampaikannya menerusi naskhah novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Imamku Lelaki Pendosa itu adalah sebahagian realiti kehidupan masyarakat di sekeliling kita masa kini.

“Cuma, apa yang dipaparkan kepada penonton tidaklah keterlaluan kerana harus menghormati budaya kita di Malaysia. Apapun, saya harap semua yang menonton drama ini berpandangan terbuka untuk melihat mesejnya.

“Dalam setiap drama dihasilkan sudah tentu ada mesej dan mana yang baik itu kita ambil, manakala sebaliknya pula dijadikan sempadan. Jangan pula hanya melihat pada sudut negatif saja,” katanya.

Mengulas juga kerjasama dengan pelakon utama iaitu Datuk Aaron Aziz dan Gambit Saifullah yang menjadi ‘pasangan’ dalam drama ini, Eyra berkata mereka mudah berbincang dan memberi komitmen yang baik.

“Kerjasama yang saya terima untuk drama ini daripada pelakon-pelakon sangat bagus. Saya amat berterima kasih termasuk buat semua tenaga kerja produksi yang terlibat,” katanya.

Drama Suami Lelaki Pendosa kini disiarkan di slot Samarinda TV3 sebanyak 28 episod. Antara barisan pelakon lain seperti Sophia Albarakbah, Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat