Vaksin Adalah Ikhtiar, Islam Ajar Usaha Sebelum Tawakal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan Islam mengajar umatnya untuk berusaha dan berikhtiar sebelum bertawakal kepada ALLAH.

Katanya, ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech semalam mendapat liputan meluas media. Hal demikian menurut beliau, vaksin adalah salah satu usaha kita dengan dibantu kemajuan sains dan teknologi.

“Pagi ini saya turun ke Studio Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bagi meneliti sendiri persiapan untuk Forum Perdana Ehwal Islam khas yang akan mengupas secara mendalam tentang vaksin dari sudut pandang Islam.
“Kami janjikan sesuatu yang menarik, berbeza dan informatif untuk sajian semua penonton. Jangan lupa Khamis ini 25 Februari 2021 jam 9 malam, semestinya di TV 1.

“Semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada Covid-19 dengan asbab vaksin ini, insya-Allah,” katanya dengan titipan nasihat lindungi diri kita semua.

Di negara kita wujud sekelompok individu yang mempunyai ideologi di mana vaksin sebenarnya bahaya.

Golongan anti vaksin ini lebih percaya bahawa vaksin membawa penyakit dan tidak selamat untuk kanak-kanak.

Antara faktor anti vaksin ialah tidak percaya kepada para doktor, teknologi dan sains.

Susulan itu, keputusan untuk menangguhkan atau menolak vaksin mempengaruhi kesihatan awam.

Apabila pecahan daripada keseluruhan populasi yang kebal terhadap penyakit (imuniti kelompok) menurun, kelaziman penyakit bertambah lalu meningkatkan kemungkinan penyakit pada mereka yang berisiko.

Kelompok anti vaksin ini menggunakan media sosial untuk menyebar dakyah menolak vaksin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat