Bicara Tangguh Lagi, Hakim Minta Zahid tak Hadir Mesyuarat Seminggu Sebelum Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa siri perbicaraan tertangguh, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah mengarahkan peguam bela agar menasihatkan tertuduh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak menghadiri sebarang mesyuarat seminggu sebelum perbicaraan berlangsung.

Teguran itu dibuat Sequerah ketika hakim terbabit bersedia untuk mendengar perbicaraan membabitkan Presiden UMNO itu pagi ini.

Ahmad Zahid berdepan pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak dapat menghadiri perbicaraan hari ini selepas menjadi kontak rapat kepada salah seorang anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang disahkan positif Covid-19.

Mereka pada Jumaat lalu menghadiri mesyuarat di Janda Baik, Pahang.

“Boleh saya minta anak guam kamu tidak menghadiri sebarang mesyuarat seminggu sebelum kes? Jika tidak, kes ini tidak dapat dihabiskan dan akan berterusan.

“Sebelum ini saya tangguhkan kes ini atas alasan yang sama. Dan masalah ini berterusan. Kita tidak boleh membuang masa lagi.

“Saya harap kamu nasihat dia supaya tidak menghadiri mesyuarat seminggu sebelum kes di mahkamah sebab perbicaraan pun penting. Perbicaraan perlu menjadi keutamaan berbanding perkara lain,” kata Sequerah.

Terdahulu, peguam pembela Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan hari ini kerana ahli politik terbabit menjadi kontak rapat kepada salah seorang ahli mesyuarat MT Umno.

“Pada 19 Feb, Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat Umno di Janda Baik, Pahang. Selepas meeting (mesyuarat) Datuk Johan Abd Aziz didapati positif Covid-19.

“Dia diuji pada Sabtu dan keputusan keluar pada Ahad dan didapati positif.

“Anak guam saya menjadi kontak rapat dan kini dalam kuarantin. Maka, saya minta mahkamah tangguhkan perbicaraan ini ke tarikh baru,” kata Hamidi.

Johan merupakan bekas Adun Semenyih dan menyertai MT UMNO melalui kapasiti ahli yang dilantik.

Menjawab soalah Sequerah, Hamidi memberitahu anak guamnya sedang memakai gelang oren dan dikehendaki menjalani kuarantin selama 10 hari.

Sebelum menangguhkan perbicaraan hari ini Sequerah turut meminta pihak pembelaan menyerahkan laporan keputusan ujian Covid-19 Johan di mahkamah sebagai bukti dia memang positif.

Ahmad Zahid, 68, yang juga ahli parlimen Bagan Datuk, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan sebelum ini ditangguh beberapa kali pertama pada tahun lalu kerana ada kaitan dengan Covid-19 sebelum kali terakhir pada 27 Januari lalu ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan mulai 13 Januari.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Orang Melayu biasa tak derhaka kepada raja tapi angkara darurat mereka marah – Tun M

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan darurat membangkitkan kemarahan orang Melayu kepada istana kata, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kata beliau, kemarahan orang Melayu itu...

PAS bangga DAP label parti itu paling bahaya

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad bangga dengan label yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti Islam...

Tangguh Pemilihan Boleh Menjerumus UMNO ke Tangan PH – UMNO Gerik

KUALA LUMPUR - Penangguhan Pemilihan UMNO akan menjadi antara punca parti menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Pemangku...