Lombong bitcoin, 4 premis curi elektrik diserbu

- Advertisement -

SABAK BERNAM: Polis membongkar kegiatan mencuri elektrik bagi kegiatan melombong bitcoin yang mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerugian RM200,000 di dua lokasi di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kegiatan di empat premis rumah kedai iaitu tiga di Pekan Sabak Bernam dan satu di Pekan Sungai Besar itu dikesan selepas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dengan kerjasama TNB menyerbu premis berkenaan bermula 5 petang semalam.

Beliau berkata, semakan mendapati premis terbabit dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu.

“Kegiatan kali pertama itu dikesan di daerah ini dengan modus operandi menyewa premis bangunan tingkat dua atau tiga sebelum menyambung arus elektrik secara haram.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Helah sambung elektrik di belakang penggera elak dikesan
2 premis curi elektrik melombong bitcoin diserbu
24 lombong Bitcoin curi elektrik diserbu
Lombong Bitcoin, 6 premis curi elektrik diserbu
“Bagaimanapun, ia terbongkar selepas TNB mengesan penggunaan elektrik yang tinggi di keempat-empat premis terbabit.

“Ketika serbuan dilakukan tiada sesiapa di dalam premis dan TNB terpaksa memecahkan kunci pintu premis berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui 420 unit mesin di empat premis rumah kedai terbabit.

“Di Pekan Sabak Bernam, kita merampas sebanyak 135 mesin bitcoin dalam serbuan pertama, manakala serbuan kedua dan ketiga pula masing-masing membabitkan 105 dan 60 mesin bitcoin.

“Serbuan terakhir di Pekan Sungai Besar membabitkan 120 mesin bitcoin,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik premis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan tersebut.

“Kita sedang mengenal pasti pemilik premis terbabit sama ada mereka menjalankan kegiatan itu atau premis disewakan kepada pihak lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat