Singkir kleptokrat , UMNO mampu “sailang” Bersatu, PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harapan UMNO pulih adalah lebih cerah sekiranya parti itu bertindak nekad menyingkirkan pemimpin korup dan bermasalah lalu menggantikannya dengan yang lebih bersih, muda dan berwibawa,” kata Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A Kadir Jasin.

Malah katanya, jika UMNO benar-benar melakukan ‘pembersihan koruptor’ itu ia sekali gus mampu memudarkan prospeks Bersatu dan juga Perikatan Nasional (PN).

“Kalau UMNO menyingkirkan pemimpin yang korup dan bermasalah dan menggantikannya dengan yang lebih bersih, muda dan berwibawa, harapan UMNO pulih adalah lebih cerah dan sekali gus memudarkan prospeks Bersatu/PN.

“Tapi kalau pucuk pimpinan UMNO terus hipokrit dan setia kepada bos-bos yang bermasalah, parti itu akan ditolak oleh akar umbinya sendiri,” cadang A Kadir.

Menurut beliau, sekarang Datuk Seri Najib Razak dan beberapa orang pemimpin UMNO sudah didapati bersalah dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sedang dibicarakan.

“ Jadi adakah kepercayaan kepada UMNO sekarang lebih baik? Tentunya tidak,” katanya.

Kenyataan A Kadir itu timbul selepas UMNO dilaporkan membuat keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta PN sebaik saja darurat berakhir.

Laporan yang memetik sumber itu berkata Ahmad Zahid membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.

A Kadir turut menceritakan komunikasinya dengan seorang rakan di Facebook yang menulis mengenai UMNO.

Katanya dia menasihati rakannya itu supaya menyingkirkan “golongan kleptokrat” yang didapati bersalah dan yang sedang dibicarakan, kemudian memilih pemimpin yang bersih.

Kemudian katanya barulah ramai orang Melayu akan berjinak-jinak semula dengan UMNO kerana mereka sebenarnya benci kepada pemimpin UMNO terbabit.

“Dalam PRU 2018 UMNO kalah kerana dakwaan rasuah terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa orang pemimpin parti itu.

“Ketika itu Najib masih berkuasa, ada banyak duit dan bebas daripada tindakan undang-undang. Itu pun UMNO kalah,” katanya.

A Kadir juga menulis pesanan kepada salah seorang anggota MT Umno: “Najib punca UMNO kalah. Ahmad Zahid akan menyebabkan UMNO mati.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat