Bantuan RM500 Kepada Pemandu Teksi, Bas Mula Dibayar Hari Ini

KUALA LUMPUR – Bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing mula dibayar hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) itu, melibatkan lebih kurang 110,000 orang dengan jumlah keseluruhan RM55 juta.

“Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bantuan tersebut yang telah dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat, manakala baki seramai 15,000 lagi akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat selewat-lewatnya pada 15 Mac 2021,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Tengku Zafrul menjelaskan baki, 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran, akan menerima bantuan berkenaan secara berperingkat mulai 26 Feb 2021.

Beliau berharap ia akan membantu golongan tersebut, sementara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

“PICK tentunya melambangkan titik permulaan bagi pemulihan sektor pelancongan dan sektor-sektor lain yang amat terkesan oleh pandemik COVID-19,” jelasnya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah PERMAI pada 18 Jan lepas. – Bernama

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

Denda RM50,000 Jika Potong Giliran Suntikan Vaksin Covid – Dr Adham

CYBERJAYA - Mana-mana individu yang didapati memotong giliran suntikan vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dikenakan penalti denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman...

Struktur Tapak Binaan Lebuh Raya SUKE Hempap Van Dinaiki 5 Penumpang – ACP Zulkefly

KUALA LUMPUR - Sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak di sini runtuh dan...

Lima Mangsa Dipercayai Terperangkap Dalam Runtuhan Struktur Tapak Binaan SUKE

KUALA LUMPUR - Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak...