APM Guna TracVirus Permudah Pantau Kemasukan Individu Ke Malaysia

SEPANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menggunakan aplikasi TracVirus untuk mendapatkan data bagi memantau semua individu yang memasuki negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Khas Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata penggunaan aplikasi yang dibangunkan syarikat tempatan, Tri-G Technologies Sdn Bhd itu juga akan mempercepatkan proses kemasukan pelawat yang sebelum ini perlu mengisi borang secara manual termasuk maklumat kesihatan seperti keputusan saringan COVID-19.

Katanya aplikasi itu akan melalui tempoh percubaan selama dua minggu bermula esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melihat keberkesanannya sebelum diperluaskan ke pintu-pintu masuk lain ke Malaysia, sekali gus menggalakkan gelembung perjalanan.

“Sistem ini boleh menjejaki kedudukan (individu) secara live (langsung) mengikut masa sebenar, berbeza dengan aplikasi MySejahtera yang menunjukkan sejarah perjalanan terakhir seseorang,” katanya selepas meninjau operasi keselamatan APM di KLIA, di sini, pada Ahad

Mohd Redzuan berkata beliau juga telah berbincang dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkara itu terutamanya aspek perkongsian data bagi memudahkan tugas APM.

Katanya aplikasi itu boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store serta boleh digunakan dalam lapan bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Thailand, Korea, Jepun, Indonesia dan Arab.

Mengenai operasi APM di KLIA, Mohd Redzuan berkata pasukan itu menempatkan seramai 44 petugas setiap hari yang antara lain berperanan memberi penerangan kepada pelawat mengenai proses kemasukan di pintu masuk utama negara.

– BERNAMA

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

1,745 Jangkitan Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,745 jangkitan baharu COVID-19 dengan dua daripadanya merupakan kes import. Jumlah positif...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

UMNO sah cerai Bersatu-PN? : Laporan

KUALA LUMPUR - UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan...