Vaksin COVID-19 Sumbangan UAE Tiba Di Gaza

- Advertisement -

RAFAH: Kira-kira 20,000 dos vaksin COVID-19 buatan Russia, Sputnik V tiba di Gaza dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Vaksin terbabit dilaporkan dihantar oleh Mohammed Dahlan, pesaing Presiden Palestin, Mahmud Abbas, kira-kira tiga bulan sebelum pilihan raya dijadualkan berlangsung.

Minggu lalu, Dahlan yang juga bekas pemimpin tertinggi parti Fatah mengumumkan penghantaran vaksin terbabit yang disifatkannya sebagai pemberian dari Abu Dhabi.

Dahlan yang kini penasihat keselamatan kepada pemimpin UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahya mendakwa penghantaran vaksin itu atas usahanya, walaupun ia dilihat sebagai tindakan politik menjelang pilihan raya legislatif dan presiden pada Mei serta Julai ini.

Kenyataan daripada parti pembangkang yang dipimpin Dahlan berkata, vaksin terbabit untuk petugas kesihatan di Gaza yang didakwa masih belum menerima imunisasi berkenaan.

Petugas perubatan menunjukkan kotak vaksin COVID-19 buatan Russia, Sputnik V di Semenanjung Gaza, hari ini. – Foto AFP

Kumpulan pertama dos vaksin tiba di Gaza minggu ini, sebahagian terdiri daripada bekalan Sputnik V, yang dibawa masuk oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah kawalan Abbas.

PA turut memaklumkan akan berkongsi bekalan vaksin terabbit dengan Hamas di Gaza.

Penghantaran vaksin itu dilakukan oleh PA menerusi Tebing Barat yang dikawal Israel. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat