SARA mula hari ini, peruntukan lonjak 5 kali ganda – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini secara berperingkat

Beliau yang juga Menteri Kewangan juga memaklumkan berita baik itu dengan peruntukan lebih besar.

“Alhamdulillah, sukacita saya maklum program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini secara berperingkat.

“Sementelahan itu, program SARA telah ditambah baik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, ketimbang perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas.

“Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu. Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas,” jelas Anwar dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat.

Kata Anwar lagi, penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

“Insya-Allah, kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan,” ujarnya.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk meringankan beban sara hidup.

Program ini memberikan sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan atau baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas 1234.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program bantuan makanan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengurangkan kesukerian miskin.

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat