TYT Sarawak yang baru akan diumum sedikit masa lagi, tunggu perkenan Agong – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat ini selepas nama yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong, diperkenankan baginda.

Mengesahkan perkara itu, Perdana Menteri berkata, proses pelantikan TYT adalah termaktub dalam budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Anwar berkata, nama calon tersebut dikemukakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepadanya sebelum beliau persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada minggu lalu.

“Proses pelantikan TYT adalah dalam budi bicara Yang di-Pertuan Agong, dikemukakan oleh Premier (Sarawak) Abang Johari dan saya telah kemukakan calon nama itu pada minggu lalu.

“(Nama tersebut) telah diperkenankan dan (dijangka) akan diumumkan mungkin dalam satu dua hari ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan “The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia”, lapor Utusan pada Isnin.

Bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan nama yang dikemukakan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong namun ura-ura sebelum ini ada mengatakan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sehubungan itu, Perdana Menteri juga berkata, Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat pada malam ini untuk membincangkan nama Speaker Dewan Rakyat bagi membolehkan pelantikannya dilaksanakan segera.

“Kemudian tentang Yang di-Pertua Dewan Negara, kita ada juga mesyuarat Kerajaan Perpaduan malam ini. Kita bincang supaya dapat disegerakan pelantikannya,” katanya.

Perkhidmatan TYT Sarawak ketujuh, Tun Abdul Taib Mahmud akan tamat pada 28 Februari depan dan ia terpulang kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong atas cadangan daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau.

Abdul Taib yang kini berusia 88 tahun telah memegang jawatan TYT Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak 2014.

Sementara itu, Wan Junaidi semasa dihubungi menerusi WhattAps berkata: “Saya tidak akan menjawab. Maaf”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat