Kalau Dia Buat Sedekah, Kalau Kita Buat Rasuah – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — “Kalau dia (Hadi) buat sedekah, kalau kita (Umno) buat panggil rasuah, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan isu pengagihan wang ketika PRU15 dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Zahid meminta agar golongan ulama tidak mengelirukan hukum dan fatwa dan perlu lebih berintegriti supaya dihormati oleh masyarakat.

“Ulama ni jangan tukar-tukar hukum lah, jangan tukar fatwa lah.

“Akhirnya ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan orang islam.

“Ulama kena ada integriti sebagai ulama, jangan tukar-tukar fatwa,” katanya selepas Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan MCA hari ini.

Semalam Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Beliau berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

Abdul Hadi juga menyifatkan petisyen yang difailkan BN untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi tiga kerusi Parlimen Terengganu sebagai “perang saraf”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat