Selepas 25 Tahun, Anwar Gembira Hadir Rumah Terbuka MCA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Buat pertama kalinya selepas 25 tahun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir meraikan majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA hari ini sebelum dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Anwar turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada MCA yang tetap menjalinkan persahabatan biarpun pernah berbeza pandangan sebelum ini.

“Saya ucap terima kasih kepada MCA khususnya presiden Wee Ka Siong kerana memberi jemputan kepada saya dan isteri Azizah ini memang selepas 25 tahun masuk dalam dewan MCA saya gembira ramai kawan-kawan saya jumpa dan saya ucap gong xi fa cai.

“MCA itu dalam rangka persahabatan lama tapi yang bagusnya kita tak pernah putus persahabatan walaupun perbezaan parti dan perbezaan pandangan dari semasa ke semasa tapi sekarang balik semua.

“Ya macam dulu kita berbeda pandangan dan juga haluan. Tak salah saya dipecat daripada umno dan saya terpaksa lawan. Saya di penjara tak sempat datang. Sekarang ini ada ruang dan nampak kita bukan saja kemesraan tapi satu haluan dalam banyak isu,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka MCA di wisma MCA hari ini.

“Dan saya banyak berbincang juga dengn presiden MCA dan nampak kita tumpu kepada pembangunan dan ekonomi malaysia.

Majlis anjuran MCA itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setuausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat