Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan RM19 Juta Dari Kerajaan Jepun – Dr Adham Baba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Jepun kerana bermurah hati menghulurkan bantuan tersebut di bawah Geran Bantuan Jepun.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan kepada Malaysia dalam situasi berpanjangan dan mencabar dalam memerangi pandemik Covid-19,” katanya pada majlis pertukaran nota peruntukan peralatan perubatan yang diadakan secara maya pada Jumaat.

Kerajaan Jepun diwakili dutanya di Malaysia, Hiroshi Oka.

“Sumbangan peralatan perubatan ini akan membantu meningkatkan keupayaan persediaan dan kapasiti fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga akan membantu usaha kita untuk merawat dan menyelamatkan nyawa pada waktu pandemik ini,” katanya.

Oleh itu,katanya, beliau berharap kerjasama dua hala dalam bidang penjagaan kesihatan dan sektor lain akan terus dipertingkatkan ketika kedua-dua negara mengharungi pandemik global ini.

Menyentuh program vaksinasi Covid-19, Dr Adham berharap rakyat Malaysia di negara itu akan turut tersenarai dalam program tersebut dan Malaysia juga akan menyediakan kemudahan itu kepada rakyat Jepun yang tinggal di negara ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat