Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Kedah.

Ketuanya, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, keputusan menutup Jambatan Semeling itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat sekitar kerana perkara ini akan menyukarkan pergerakan individu-individu yang masih terpaksa keluar bekerja walaupun ketika PKP 2.0 dilaksanakan.

“Pelbagai sektor pekerjaan seperti perkilangan, perkhidmatan profesional, peruncitan dan lain-lain lagi yang terus diberi kebenaran operasi oleh Kerajaan, turut melibatkan jumlah besar penduduk di sekitar Tanjung Dawai, Merbok dan Semeling yang bertugas dan bekerja di Pusat Bandar Sungai Petani atau Kawasan Perindustrian Sungai Petani atau di kawasan-kawasan lain sekitar dan luar Sungai Petani.

“Terdapat beberapa keluhan juga dinyatakan berkenaan kesukaran bagi ibu bapa yang perlu menguruskan anak-anak mereka yang wajib menghadirkan diri ke sekolah.

“Tidak kurang juga adalah anggota-anggota frontliners seperti jururawat, pembantu perubatan, bomba termasuk polis juga termasuk dalam golongan yang dinyatakan di atas yang memerlukan Jambatan Semeling sebagai akses jalan raya untuk perjalanan pergi dan balik bekerja,” katanya.

Selain itu katanya lagi, terdapat juga keluhan besar dari golongan pengusaha restoran dan kedai makan serta para penghantar makanan atau dikenali sebagai delivery rider seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain lagi yang terpaksa menggunakan lencongan Bedong untuk membuat penghantaran tempahan makanan.

“Kerajaan telah memberikan kebenaran kepada aktiviti penghantaran makanan walaupun restoran dan kedai makan tidak dibenarkan untuk pelanggan dine in.

“Kos penghantaran makanan akan menjadi lebih tinggi sekiranya delivery rider terpaksa melalui lencongan Bedong untuk menghantar makanan yang ditempah dari Pekan Baru atau Bandar Laguna Merbok ke kawasan Semeling atau Merbok.

“Perkara sebegini akan memberi satu kerugian besar kepada pelanggan yang terpaksa membayar kos lebih dek kerana penutupan Jambatan Semeling dan penghantar makanan yang terpaksa menanggung risiko penghantaran lewat serta kos bahan bakar yang melebihi daripada kebiasaanya.

“Tambahan pula, akibat penutupan jalan Jambatan Semeling ini akan menyebabkan jalan lencongan Semeling-Bedong dan Bedong-Sungai Lalang akan mengalami kesesakan trafik yang amat teruk berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang terpaksa melalui jalan-jalan ini sebagai laluan alternatif untuk ke Pusat Bandar Sungai Petani,” ujarnya.

Justeru itu, Pemuda UMNO Merbok mengesyorkan kepada IPD Kuala Muda menarik balik keputusan menutup Jambatan Semeling sepanjang pelaksanaan PKP 2.0 dan membuka kembali laluan tersebut serta digantikan dengan Sekatan Jalan Raya (SJR) pada kedua-dua arah laluan.

Jelas beliau lagi, ini bagi memastikan tujuan untuk mengawal had pergerakan penduduk di daerah Kuala Muda masih dapat dijalankan dengan berkesan.

“SJR akan memastikan pengguna jalan raya yang mempunyai dokumen kebenaran bekerja dan kebenaran pergerakan dengan yang sah sahaja dapat menggunakan akses Jambatan Semeling.

“Selain itu, jambatan Semeling hanya dibuka untuk waktu tertentu iaitu seperti dibuka dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sahaja,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda UMNO Bahagian Merbok mewakili majoriti penduduk yang terkesan dengan penutupan Jambatan Semeling berharap agar satu keputusan segera dapat diadakan kerana penutupan tersebut lebih memberi kesusahan, kepayahan serta mudarat kepada masyarakat berbanding dengan tujuan baik pelaksanaannya.

“Kami berharap agar satu tindakan dan keputusan dapat diambil oleh pihak PDRM dan IPD Kuala Muda dengan kadar segera.

“Kami hanyalah menyampaikan suara-suara seluruh masyarakat di luar sana mengenai isu ini dan berharap penyelesaian sewajarnya dapat diberikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat