SEREMBAN, — Keputusan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi peluang kepada Naim Moktar sebagai calon BN di Parlimen Kinabatangan disifatkan sebagai langkah berani dan berpandangan jauh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, keputusan itu mencerminkan komitmen kepimpinan parti untuk memberi ruang kepimpinan sebenar kepada generasi muda, bukan sekadar simbolik.
Menurut beliau, calon berkenaan mempunyai reputasi baik, rekod perkhidmatan yang konsisten serta kefahaman mendalam terhadap isu setempat, sekali gus membuktikan proses peremajaan parti sedang berlaku secara tersusun dan progresif.



