Tuduhan Chegubard tak berasas, Nik Nazmi akan ambil tindakan undang-undang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) yang mendakwa terdapat elemen rasuah dalam projek
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dikendalikan oleh Kementerian beliau.

Nik Nazmi menegaskan, ia bukan kali pertama Chegubard datang dengan tuduhan liar dan tidak berasas.

Tambahnya, beliau sudah beberapa kali kalah saman kerana terbukti memfitnah.

“Tuduhan Chegubard tidak berasas, dan menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.

“Fitnah bahawa projek RTB yang mencecah shingga RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada Menteri merupakan tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat,” tegas beliau.

Nik Nazmi menegaskan, kerajaan ini telah menilai semula cadangan-cadangan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal dengan siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek RTB yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berjumlah
RM11.8 bilion, bukan RM16.6 bilion.

Jelas beliau lagi, hampir kesemua projek RTB kerajaan pada tahun ini mash melalui proses tender, dan untuk tahun ini 19 projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).

“Belum ada perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan (development expenditure).

“Selain itu, projek RTB Kerajaan melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang mana saya sendiri tidak terlibat,” katanya.

Hal demikian, Nik Nzmi menafikan sekeras-kerasnya fitnah jahat ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap beliau dalam masa terdekat.

Semalam, Chegubard membuat laporan polis mendakwa berlaku rasuah melibatkan jutaan ringgit untuk mendapatkan projek tebatan banjir sehingga menyebabkan kos projek meningkat dengan tinggi kepada RM16 bilion.

Dia juga mendakwa, kerajaan membatalkan kontrak untuk projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion yang dilaporkan diberi menerusi rundingan terus oleh pentadbiran sebelumnya, dan akan menilainya semula.

Dakwanya, antara penerima adalah proksi menteri iaitu pemandu yang bekerja di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor, manakala penerima lain adalah syarikat kosmetik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat