Hamas puji ketegasan Malaysia larang kemasukan kapal Israel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejuang Hamas memuji pendirian Malaysia melarang mana-mana kapal yang mempamerkan bendera Israel berlabuh di negara ini.

Pendirian kukuh kerajaan itu dihargai dengan membuktikan komitmen Malaysia menyokong rakyat Palestin ketika konflik yang masih berterusan sejak 7 Oktober lalu.

Sambil menyatakan penghargaan itu kepada Malaysia, Pemimpin kumpulan Hamas, Osama Hamdan menggesa negara Arab dan Islam lain mengambil langkah yang sama untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin.

“Kami menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menghalang kapal dengan bendera Israel berlabuh di pelabuhan mereka dan tidak membenarkan mana-mana kapal yang menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Kami menyeru negara Arab dan Islam untuk mengamalkan pendirian yang sama menyokong rakyat kami di Gaza, yang mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan mereka, menghormati perintah antarabangsa,” katanya pada satu sidang media.

Hamdan turut menyeru kesatuan buruh global untuk menolak sebarang urusan dengan kapal Israel, menyamai pendirian kerajaan Malaysia.

“Kami menggesa kesatuan pekerja di seluruh dunia untuk tidak berurusan dengan kapal Israel, tidak membekalkan barang atau bahan bakar serta makanan.

“Kami berdoa untuk roh para syuhada kami, penyembuhan kepada yang sakit dan cedera serta segera memperoleh kemenangan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, menggunakan bendera negara itu atau kapal dalam perjalanan menuju ke sana, dilarang berlabuh atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, sekatan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat